PBTSELANGOR

‘Scan & Pay Compound’ mudahkan pengguna

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 1 MAC: Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatannya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan ‘Scan & Pay Compound’ yang memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan bayaran kompaun letak kereta, pada bila-bila masa.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, langkah itu bagi menambah baik sistem bayaran kepada Orang Kena Kompaun (OKK) tanpa perlu berurusan di kaunter.

Katanya, ia juga selaras hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai Smart State, menjelang 2025.

“Pengguna perlu memuat turun Aplikasi Flexi Parking dan membeli kredit sebelum menggunakannya.

“Flexi Parking adalah sistem bayaran tempat letak kereta dengan hanya menggunakan telefon pintar sebagai alternatif menggantikan kupon gores dan pas bulanan,” katanya dalam kenyataan.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5510 5133.

Terdahulu, Majlis Pelancaran ‘Scan & Pay Compound’ disempurnakan Dato’ Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Saad.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Suasa Efektif Sdn Bhd, Tengku Dato’ Taha Alfashni Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj, Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MBSA.

 


Pengarang :