SUKANKINI

Seorang wakil PKNS FC dan Selangor sertai kem latihan Harimau Malaya

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Pemain tengah, Mahali Jasuli menjadi wakil tunggal PKNS FC yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya yang dijadualkan bertemu Mongolia 22 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ itu, Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 29 pemain dengan 14 yang dipanggil daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara seorang lagi pemain tengah, Syahmi Safari turut tersenarai ke kem latihan sebagai wakil tunggal dari pasukan Selangor.

Perlawanan persahabatan ini merupakan salah satu persediaan skuad kebangsaan sebelum menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lebanon di Beirut pada 27 Mac 2018.

Malaysia kini di tangga tercorot dengan hanya mengutip satu mata selepas sekadar melakar empat kekalahan dan satu keputusan seri.

=EZY=


Pengarang :