speaking at TEDGlobal 2014, South, Session 4 – Field Work, October 5-10, 2014, Rio de Janeiro, Brazil. Photo: James Duncan Davidson/TED
GLOBAL

Skandal Kewangan: Presiden Mauritius letak jawatan

PORT LOUIS, MAURITIUS 18 MAC: Presiden Mauritius, Ameenah Gurib-Fakim yang diselubungi skandal kewangan akhirnya meletak jawatan semalam selepas enggan berbuat demikian beberapa hari lalu.

Ameenah yang merupakan satu-satunya wanita yang menjadi ketua negara meletak jawatan atas alasan `kepentingan negara’ dengan tarikh kuatkuasa 23 Mac ini, kata peguam Yousouf Mohamed, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Presiden itu sebelum ini berikrar untuk melawan tuduhan bahawa beliau telah menggunakan kad bank yang diberi oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membeli barangan peribadi termasuk barangan kemas dan mewah bernilai sekurang-kurangnya 25,000 euro (RM120,327).

Perdana Menteri, Pravind Jugnauth pada awal bulan ini telah mengumumkan kesediaan Ameenah untuk meletak jawatan dengan tarikh yang telah ditetapkan.

Namun Rabu lalu Presiden tersebut mengeluarkan kenyataan menyelar `serangan bertalu-talu dan tuduhan palsu terhadapnya ’ selain merancang untuk membersihkan namanya sebelum meletak jawatan.

SUMBER: AFP


Pengarang :