NASIONAL

SPR disaran tetapkan tempoh kempen PRU selama 21 hari

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 7 MAC: DAP menyokong cadangan Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tempoh kempen bagi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) selama 21 hari.

Cadangan itu dianggap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua, sebagai relevan serta menepati tuntutan calon dan parti politik yang bertanding dalam PRU nanti.

“Kita setuju dengan cadangan dikemukakan sekurang-kurangnya 21 hari.

“ini supaya kita dapat menyampaikan mesej kepada semua rakyat untuk membuat pilihan tepat dan bijak,” katanya dalam sidang media di bilik media Parlimen di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang ketika perbahasan dalam sidang Dewan Rakyat mengemukakan cadangan itu kepada SPR untuk dipertimbangkan dalam PRU14 nanti.

=EZY=


Pengarang :