SELANGOR

Status pemulihan bekalan air capai 91.7%

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 MAC: Status pemulihan bekalan air kini mencapai 91.7 peratus sehingga padi tadi.

Menerusi kenyataan, Syarikar Bekalan Air Selangor (SYABAS) berkata, status pemulihan bekalan air di Hulu Selangor dan Kuala Langat mencapai perkembangan positif dengan 100 peratus.

Manakala, Klang (97.3 peratus), Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) dan Petaling (74.5 peratus).

“Segala usaha dan tindakan sedang diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya ke kawasan yang masih yang masih dalam proses pemulihan berperingkat,” katanya.

Antara kawasan yang masih dalam proses pemulihan berperingkat adalah Petaling membabitkan Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Indah, Taman Impian Indah, PPP Pinggiran Bukit Jalil, Taman Aman Sari, Taman Kiara, Subang Jaya, SS12 hingga SS19, Hyatt Saujana, Zero Lot Temasya Glenmarie, Hicom Glenmarie, Taman Tenaga dan Taman Bukit Kuchai.

Selain itu, Kuala Lumpur pula membabitkan Pandan Cahaya, Bandar Sri Permasuri, Jalan Jelawat, Taman Cahaya, Perumahan Sommerset Close dan Flet Sri Melaka.

Klang pula membabitkan Seksyen 16, 17, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, Padang Jawa, Teluk Menegun, Kampung Lombong, Johan Setia dan Bukit Komandol.

Sementara itu, Bukit Antarabangsa, Jalan Wangsa Ukay 5A, Kampung Indah Permai dan Kampung Tasik Permai.

Tambah SYABAS, lori bertangki akan terus menyediakan air di kawasan yang terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Para pelanggan boleh memohon tangki air dengan menghantar pesanan kepada 15300 (Taip: Tanker<jarak>Nama & Alamat).


Pengarang :