PENDIDIKANSELANGOR

TAU bantu ringankan beban perbelanjaan pelajar UNISEL

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Universiti Selangor (UNISEL) menyampaikan sumbangan wang tunai Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) kepada 175 pelajar semalam.

Berlangsung di Dewan Senat UNISEL kampus Bestari Jaya, Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Pendidikan itu disempurnakan Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Pengarah TAU, Rokmaa Mat, berkata bantuan sumbangan diberikan itumerupakan permulaaan yang diharap dapat diteruskan lagi selepas ini.

“Seramai 175 orang pelajar UNISEL menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan.

“Kita juga merangka beberapa perancangan antaranya untuk mencari ibu dan bapa angkat kepada pelajar dalam kalangan pengurusan tertinggi UNISEL untuk sama-sama menaja wang saki bagi meringankan beban pelajar,” katanya.

TAU merupakan sebuah unit yang memainkan peranan dalam menyediakan sumbangan dan bantuan khusunya buat pelajar dan kakitangan UNISEL.

Bagi penerima, Mohammad Tirmizi Abd Manaf yang juga mantan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL, beliau berterima kasih kepada pihak pengurusan universiti kerana memberikan insentif membantu pelajar tidak kira agama dan juga bangsa.

“Saya melahirkan rasa kegembiraan ini kerana kami pelajar tidak menduga akan menerima bantuan seperti ini dan ia merupakan satu usaha baik universiti. Mewakili semua penerima, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan atas insentif ini,” katanya.

=EZY=


Pengarang :