USS Cafee milik Amerika Syarikat
GLOBAL

Trump sedia umum sekatan ke atas China

WASHINGTON, 23 MAC: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bersedia mengumumkan sekatan ke atas China kerana mencuri harta intelek AS, kata seorang pegawai White House berhubung langkah terbabit yang berpotensi mencetuskan konfrontasi kedua dengan Beijing, dalam tempoh beberapa bulan.

Jurucakapnya, Raj Shah berkata, Trump akan mengumumkan tindakan ekoran siasatan terhadap usaha China yang mengganggu pasaran melalui paksaan, tekanan dan mencuri teknologi serta harta intelek AS.

Katanya, Beijing memberi amaran terhadap pentadbiran Trump berhubung tindakan terbabit dan menggesa beliau supaya tidak bertindak mengikut emosi.

“Keputusan sekatan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas Trump mengumumkan cukai ke atas keluli dan aluminium buatan negara asing.

“Cukai import yang dikenakan mendorong peletakan jawatan penasihat ekonomi kanan, Gary John dan menjurus kepada kejatuhan harga saham global, pertikaian undang-undang juga ancaman tindakan balas,” katanya memetik laporan AFP.

Pada 21 Mac lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell, memberi amaran berhubung risiko meningkatnya perang ekonomi yang boleh menjejaskan ekonomi terbesar dunia itu.

Bagaimanapun, presiden yang gemar bertindak secara spontan itu tidak menunjukkan sebarang keputusan untuk menarik balik tindakannya.

 


Pengarang :