SUKANKINI

UCL: Messi inspirasi Barca singkir Chelsea

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 15 MAC: Barcelona menempah slot terakhir ke suku akhir selepas berjaya menewaskan Chelsea 3-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Lionel Messi menjaringkan dua gol sementara satu lagi disumbangkan Ousmane Dembele sudah memadai untuk menyekat kemaraan anak buah Antonio Conte menerusi agreget 4-1.

Messi membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi rembatan satu dari dalam kotak penalti sebelum Dembele menggandakan kedudukan pada minit ke-20 bagi kedudukan babak pertama 2-0.

Masuk babak kedua, penyerang Argentina itu memastikan tuan rumah selesa dengan kelebihan 3-0 selepas tenang menewaskan Thibaut Courtois di gawang Chelsea pada minit ke-63 hasil lorongan Luis Suarez.

Kredit Foto: UEFA Champions League

 


Pengarang :