SELANGOR

UNISEL tawar hadiah keseluruhan RM20,000 pertandingan memancing Hari Terbuka

SHAH ALAM, 3 MAC: Kira-kira 500 kaki pancing disasarkan Universiti Selangor (UNISEL) menyertai Pertandingan Memancing dengan tawaran ganjaran keseluruhan RM20,000.

Penyelaras Program, Abdullah Taufik Yusof berkata, pertandingan akan berlansung pada Hari Terbuka UNISEL 2018 di Tasik Unisel Kampus Bestari, 17 dan 18 Mac ini.

“Pertandingan terbuka kepada semua dengan ganjaran tempat pertama adalah wang tunai berjumlah RM10,000.

“Bagi tempat kedua pula berjumlah RM4,000 diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal membawa pulang RM2,000 dan RM1,000.

“Lebih menarik tempat kelima hingga ke 10 juga tidak akan pulang dengan tangan kosong malah menerima wang tunai RM200 seorang,” katanya dipetik Sinar Harian

Tambahnya lagi, tempat ke 11 hingga ke 15 juga ditawarkan ganjaran RM150 dan tempat ke 16 hingga 20 ditawarkan RM100 seorang.

200 peserta terawal yang berdaftar dengan yuran penyertaan RM50 bakal menerima topi edisi khas.

Taufik berkata, orang ramai yang ingin menyertai pertandingan itu disaran berdaftar selewatnya 17 Mac jam 8 pagi.

 


Pengarang :