BERITA UTAMANASIONAL

YDPA rasmi pembukaan sidang Parlimen, terakhir sebelum PRU-14

KUALA LUMPUR 5 MAC: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal keenam Parlimen Ke-13 di Dataran Parlimen di sini, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat dijadual berlangsung selama 20 hari hingga 5 April, manakala Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April selama sembilan hari.

Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 merupakan sidang yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Sultan Muhammad V menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Azlan Shah Baharom yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Kemudian, lagu Negaraku dimainkan Pancaragam Pusat RAMD diketuai Mejar Muhamad Nor Azizan Yahya diikuti tembakan meriam 21 das.

Baginda kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat utama terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai Batalion Pertama RAMD diketuai Azlan Shah.

Selesai istiadat, Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Bilik Diraja untuk bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Berikut adalah suasana pembukaan sidang Dewan Rakyat:

 

WARTAWAN: HAFIZAN TAIB/ NAZLI IBRAHIM

FOTO OLEH: HAFIZ OTHMAN/SKINI

=EZY=

 


Pengarang :