PBTSELANGOR

18 kucing dapat pemilik baru

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 10 APR: Sebanyak 18 ekor kucing menerima pemilik baru sempena program Shah Alam Cat Adoption yang diadakan, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, 30 ekor kucing dibawa ke program berkenaan.

“Kucing yang dibawa ke program ini adalah kucing yang diserahkan pemilik kepada pihak Majlis, semasa program “Jom Serah Haiwan Anda Tak Mahu Kami Terima” yang diadakan pada 4 April lalu di Stor MBSA, Jalan Sepat 17/57, Seksyen 17, Shah Alam.

“Program ini adalah inisiatif MBSA untuk menggalakkan orang ramai membantu memelihara kucing yang diserahkan kepada kami kerana tidak mampu memelihara haiwan itu.

“Ia juga dilihat sebagai salah satu langkah proaktif bagi mengawal peningkatan populasi kucing yang berkeliaran di kawasan pentadbiran Majlis,” katanya.

 


Pengarang :