SELANGOR

2,357 penduduk Kuala Selangor terima manfaat IPR

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 23 APR: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan rangka kerjanya ke daerah Kuala Selangor dengan simbolik perasmian laluan ke dua Bas Smart Selangor, petang ini.

Pada program itu, Mohamed Azmin untuk menyantuni penduduk setempat selain menyerahkan sumbangan kepada 2,357 penerima merangkumi enam program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Ia membabitkan 1,101 penerima Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Peduli Sihat (700), Insentif perkahwinan belia (84), Tabung Warisan Anak Selangor (300), Skim Mesra Usia Emas (85) dan Hijrah (87).

Terdahulu, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk terus komited menyemarakkan IPR dalam usaha meringankan bebas kos sara hidup rakyat Selangor.

Mohamed Azmin berkata, menyedari kos sara hidup yang tinggi ketika ini, menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk merancakkan usaha itu.

Katanya, ia selaras gagasan Membangun Bangsa, Memakmur Negeri yang dilaungkan Selangor.

“Lebih 42 IPR dilaksanakan sejak 2008. Ia semata-mata mahu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Rakyat ketika ini cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.


Pengarang :