PENDIDIKANSELANGOR

3 warga UNISEL raih anugerah khas

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 APR: Komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik, tiga kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) berjaya menerima Anugerah Khas Presiden dan Naib Canselor, baru-baru ini.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, anugerah itu penghargaan khas kepada kakitangan yang menunjukkan komitmen luar biasa bukan sahaja kepada tugasan hakiki, malah terhadap pembangunan dan kecemerlangan universiti.

Katanya, kakitangan itu adalah Abu Naaim Munir dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan; Nor Mohd Azahari Mohd Amin dari Unit Pengurusan Infrastruktur dan Mohd Nor Sham Baharudin dari Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan.

“Semua kakitangan diseru mengambil sikap proaktif dalam semua acara berlangsung bagi meningkatkan prestasi individu itu sendiri dan universiti.

“Sikap itu perlu ditunjuk termasuk dalam program gotong-royong pada 13 Mei lalu, Majlis Iftar Jamaie pada 18 Mei ini dan Hari Keluarga UNISEL, pada 21 hingga 22 Julai ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Mohammad Redzuan turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT), pasukan STEM (Sains, Teknology, Engineering, Math) serta pensyarah yang berjaya mengharumkan nama UNISEL di peringkat kebangsaan.

Beliau juga berharap pelbagai kejayaan akan dicapai, sepanjang tahun ini.

 


Pengarang :