BERITA UTAMANASIONAL

9 Mei jadi pilihan, teka-teki tarikh PRU14 terjawab

OLEH SHEEDA FATHIL

PUTRAJAYA, 10 APR: Teka-teki berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terjawab hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan ia akan diadakan, pada 9 Mei ini.

Pengundian awal ditetapkan, pada 5 Mei ini.

Selain itu, hari penamaan calon pula ditetapkan, pada 28 April ini.

Manakala tempoh berkempen yang ditetapkan pula selama 11 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, pada 8 Mei ini.

Ia diumumkan sendiri Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, di bilik mesyuarat utama Menara SPR, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Hashim berkata, seramai 14,940,624 juta rakyat Malaysia layak mengundi kali ini.

Manakala, Pilihan Raya Umum pada kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Pengarang :