SUKANKINI

ARRC: Izzat, Helmi raih kemenangan podium

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 APR: Pelumba negara, Mohd Izzat Zaidi, meraih kejayaan podium dengan memenangi perlumbaan pertama Underbone 150cc pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar The Bend Motorsport, Australia, semalam.

Pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing yang memulakan perlumbaan dari petak kelima menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’23.831s sekali gus naik ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan jumlah 58 mata.

“Saya gembira dengan kemenangan pertama musim ini memandangkan agak ketinggalan pada awal perlumbaan selepas berlaku insiden membabitkan pelumba lain pada awal perlumbaan.

“Selepas itu saya berjaya mengejar dan pada dua selekoh terakhir, Md Helmi Azman dan Wahyu Aji Trilaksana bersaing sesame sendiri serta membuka ruang untuk saya memecut memintas mereka seterusnya memenangi perlumbaan,” katanya.

Helmi (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 16’23.947s manakala Wahyu (Yamaha Racing Indonesia) ketiga dengan hanya perbezaan 0.021s.

Helmi bagaimanapun jatuh ke tangga kedua dalam senarai keseluruhan dengan 56 mata diekori Wahyu (36 mata)

Dalam saingan Asia Production 250cc menyaksikan penguasan tiga pelumba Indonesia dengan kemenangan menjadi milik Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) diikuti rakan sepasukan, Mario Suryo Aji. Kedua-dua pelumba menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19:18.357s dan 19:18.436s.

Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat ketiga dengan masa 19:25.995s.

Penamat di tempat keempat cukup untuk membantu Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) untuk kekal mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 49 mata. Rheza di kedudukan kedua dengan 48 mata diikuti Mario ketiga, 46 mata.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1

AP250
1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 19:18.357s
2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 19:18.436s
3 108 Andy Muhammad FADLY (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 19:25.995s
4 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 19:26.398s
5 Muklada SARAPUECH (THA) A.P. Honda Racing Thailand 19:28.491s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 49 mata
2 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 48 mata
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 46 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 42 mata
5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 39 mata

UB150
1 Md Izzat ZAIDI (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 16:23.831s
2 Md Helmi AZMAN (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16:23.947s
3 Wahyu Aji TRILAKSANA (INA) Yamaha Racing Indonesia 16:23.968s
4 Md. Aiman AZMAN (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16:24.253s
5 Md Akid AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:26.286s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 58 mata
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 56 mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 36 mata
4 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 34 mata
5 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 31 mata


Pengarang :