SELANGOR

Azmin: “Tunggu pengumuman khas di Paya Jaras”

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 7 APR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, tidak menolak kemungkinan pengumuman khas bakal dibuat pada Program Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PAKATAN) yang diadakan di Tapak Pasar Malam Paya Jaras Tengah malam esok.

Beliau sebaliknya menyeru orang ramai khususnya masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras supaya bersabar dan mendengar sendiri pengumuman itu nanti.

“Tunggu pengumuman khas itu malam esok di Paya Jaras,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan membuat satu pengumuman khas kepada rakyat Paya Jaras pada program terbabit.

“Dengan Izin Allah, saya akan membuat satu pengumuman khas kepada rakyat Paya Jaras dan Selangor, sempena ceramah perdana bersama Dato Menteri Besar Selangor,” katanya.

=EZY=


Pengarang :