SELANGOR

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM 3 APR: Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd. Daud Tarihep, 66, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Seri Manjung Perak.

Allahyarham menjadi wakil rakyat selama dua penggal dari 1999 hingga 2008.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam 2.49 pagi.

BH ONLINE melaporkan anak sulung Allahyarham, Mohd Haminar Rashid, 41, berkata bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Ayah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari di Hospital Seri Manjung selama 12 hari selepas mengalami serangan jantung ketika pulang ke kampung halaman ibu.

“Namun, Allah lebih menyayanginya. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Mohd Haminar Rashid berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Shah Alam tengah hari ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, selepas solat Asar.

=EZY=

 

 


Pengarang :