LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 27: Prince Harry and actress Meghan Markle during an official photocall to announce their engagement at The Sunken Gardens at Kensington Palace on November 27, 2017 in London, England. Prince Harry and Meghan Markle have been a couple officially since November 2016 and are due to marry in Spring 2018. (Photo by Chris Jackson/Chris Jackson/Getty Images)
GLOBAL

Donald Trump tak diundang ke majlis pernikahan Putera Harry

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GLOBAL, 12 APR : Masyarakat dunia pastinya tidak akan melihat Presiden AS, Donald Trump atau Barack Obama pada majlis pernikahan Putera Harry dan Meghan Markle.

Istana Kensington memutuskan untuk tidak mengundang ahli politik dari negara itu dan juga pimpinan antarabangsa lain.

“Diputuskan bahawa daftar pemimpin negara dan tokoh politik, baik dari British atau pimpinan antarabangsa lain tidak diperlukan Putera Harry,” kata jurubicara istana, lapor Metro.co.uk.

Bagaimanapun, majlis pernikahan itu bakal menyaksikan anggota masyarakat setempat dijemput hadir bagi meraikan hari bersejarah itu.

Antaranya, seorang remaja yang giat melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat terhadap isu gangguan kesihatan mental.

Dilaporkan, mereka juga turut mengundang remaja perempuan, Amelia Thomposon, seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi bom di Manchester, tahun lalu.

“Saya terkejut dan tidak mampu untuk berkata selepas dimaklumkan dipilih menghadiri majlis itu,” katanya.

Putera Harry bakal melangsungan perkahwinannya bersama Megan atau nama sebenarnya, Rachel Meghan Markle.

Meghan adalah selebriti kelahiran Amerika Syarikat dan pernah muncul dalam drama Suits.

Kajian MyHeritage.com melaporkan, Meghan mempunyai darah daripada penulis terkenal, Shakespeare.

Gelaran rasmi Meghan selepas berkahwin ialah Duchess of Sussex dan Puteri Meghan.


Pengarang :