SUKANKINI

EPL: Arsenal tewaskan Southampton 3-2

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 9 APR: Danny Welback menjadi watak penting kebangkitan Arsenal untuk menewaskan Southampton, 3-2 apabila menanduk masuk gol kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.

Arsenal dikejutkan dengan gol pembukaan Southampton seawal minit ke-17 menerusi Shane Long selepas beliau memanfaatkan salah faham antara Petr Cech dan Mustafi dengan menampan masuk bola ke gawang bagi kedudukan 0-1.

11 minit kemudian, Pierre-Emerick Aubameyang akhirnya menyamakan kedudukan 1-1 buat The Gunners apabila mudah menampan bola hasil gerakan bersama Wellbeck.

Wellbeck kembali meletakkan Arsenal mendahului 2-1 apabila berjaya melepaskan sepakan dari luar kotak penalti, pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, Charlie Austin menyamakan kedudukan 2-2 buat Southampton selepas 30 saat dimasukan apabila mudah memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Arsenal.

Arsenal tidak menunggu lama untuk kembali di hadapan, pada minit ke-81 hasil tandukan Wellbeck bagi memastikan Arsenal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Malang buat kedua pasukan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain di penghujung permainan selepas Jack Stephens dan Mohamad Elneny dilayangkan kad merah.

Kredit Foto: Premier League


Pengarang :