PBTSELANGOR

Futsal IPMC tawar hadiah RM4,450

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 12 APR: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menawarkan hadiah berjumlah RM4,450 kepada pemenang Kejohanan Futsal Jawatankuasa Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) 2018 yang bakal dianjurkan di Gelanggang Futsal Ole, Olak Lempit, pada 22 April ini.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, kejohanan itu akan bermula pada jam 8 pagi dengan yuran penyertaan RM100 bagi setiap pasukan yang akan ditutup, pada 20 April ini.

“Dalam kejohanan ini, terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita. Bagi kategori lelaki akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 manakala bagi kategori wanita RM500.

“Ia dilaksanakan bertujuan memantapkan lagi keupayaan dalam bidang sukan serta meningkatkan aspek sosial di antara semua pihak.

“Di samping itu, kejohonan ini bagi memberi galakan kepada golongan pengurusan tertinggi sehingga pekerja kilang supaya sentiasa aktif dalam aktiviti sukan,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, program itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara IPMC dengan kilang, di daerah Kuala Langat.

Program anjuran MKDL dan IPMC daerah Kuala Langat itu bermula sejak 2012 dan kini memasuki edisi keenam.


Pengarang :