PENDIDIKANSELANGOR

Jana pendapatan melalui media sosial

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 25 APR: Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama siaran TV digital Hurr.tv menganjurkan program ‘F.Y.I Social Media Campaign’, di sini, semalam.

Bertempat di Dewan Kuliah Bangunan Satelit UNISEL, program itu memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjadikan media sosial sebagai landasan bagi menjana pendapatan.

Personaliti media sosial, Yusof Hashim dan Zukiee dijemput hadir bagi berkongsi pengalaman mereka, pada awal pembabitan sehingga mampu menjana pendapatan melalui landasan terbabit.

Menariknya, program itu bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar UNISEL, malah turut memikat perhatian dari luar, termasuk pelajar sekolah menengah, di sekitar Shah Alam.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Naib Canselor Akademik (Penyelidikan dan Jaringan Industri) UNISEL, Profesor Dr Md Sidin Ahmad Ishak.


Pengarang :