SELANGOR

KDEBWM serah 15 unit Arm Roll

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 20 APR: Sebanyak 15 unit lori Arm Roll diserahkan kepada sub kontraktor untuk kegunaan kerja pembersihan awam, di kawasan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), Ramli Tahir berkata, penyerahan lori itu sejajar komitmen pihaknya membawa perubahan kepada perkhidmatan pembersihan efektif dan efisien.

Katanya, penggunaan lori yang seragam dan dilengkapi pelbagai peralatan serta teknologi canggih akan dapat meningkatkan lagi kualiti juga mutu perkhidmatan.

“Penggunaan lori baru ini dijangka bakal menyelesaikan isu tipikal yang sering dihadapi kontraktor seperti keadaan lori yang lama dan uzur.

“Semua lori ini akan dipantau pergerakannya melalui penggunaan Vehicle Monitoring System secara berpusat di Centralized Command Center di ibu pejabat KDEBWM,” katanya.

Ramli berkata, pengurusan pembersihan awam di kawasan MDKL menjanjikan pembaharuan modus operandi dengan konsep ‘Smart Waste Solution’.

Majlis penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Hadir sama, Pengerusi KDEBWM, YM Raja Shahreen Raja Othman.

KDEBWM mengambil alih perkhidmatan pengurusan pembersihan awam, di MDKL bermula 1 Mac lalu membabitkan skop kerja seperti pembersihan longkang, pemotongan rumput, kerja sapuan dan pembersihan jalan.


Pengarang :