PBTSELANGOR

Kejohanan sempena hari pekerja MBPJ tawar hadiah lebih RM10,000

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 APR : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal melaksanakan program tahunan Kejohanan Sempena Sambutan Hari Pekerja 2018, pada 12 Mei ini.

Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM10,000 kepada peserta bertanding.

Antara kejohanan yang akan dipertandingkan adalah Futsal (Lelaki) Piala Datuk Bandar, Bola Jaring (Perempuan) Piala Datuk Bandar, Sepak Takraw (Lelaki) dan Ping Pong Solo (Lelaki).

Kesemua kejohanan itu akan diadakan di Kompleks Arena Petaling Jaya, bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang .

Menerusi kenyataan MBPJ, penyertaan adalah berdasarkan konsep ‘first come first serve’ yang terbuka kepada semua lapisan warga kerja pelbagai sektor serta agensi di sekitar PJ dan berstatus warganegara sahaja.

Antara acara lain dipertandingkan adalah pertandingan ‘indoor games’ khas untuk kakitangan MBPJ.

Menariknya, acara khas seperti senaman sihat dan cabutan bertuah turut diadakan dengan penyertaan percuma serta terhad.

Keterangan lanjut berkaitan penyertaan, sila hubungi Bahagian Komuniti dan Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ di talian 03-79560203/0206 (Effendi/Anuwar/Anas) atau layari Facebook GenPJ.

 


Pengarang :