SELANGOR

Kenal pasti perkembangan anak bermula peringkat awal

OLEH SABIRAH AZIZ

PETALING JAYA, 7 APR: Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada tahap perkembangan awal anak-anak supaya mereka mudah dirawat dari peringkat awal.

Timbalan Dekan for Graduate Studies, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Assoc. Prof Dr Gunasegaran Karuppannan berkata, keprihatinan ibu bapa memainkan peranan penting kerana bukan semua anak-anak boleh menunjukkan bahawa mereka mempunyai masalah.

“Ibu bapa tidak akan tahu jika anak-anak ada masalah, sebab itu kita sediakan Program EIP bagi membantu mereka dari peringkat awal.

“Justeru itu, anak-anak ini perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak yang betul bergantung kepada tahap masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam ceramah dalam Inspirasi Bazaar di Paradigm Mall di sini.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Keguruan & Ilmu Pendidikan Universitas Sultan Ageng Tirtayasa, Dr Joko Yuwono berkata, setiap negara perlu mempunyai kaedah untuk mengendali serta meningkatkan tahap pendidikan bagi kanak-kanak istimewa.

“Contohnya seperti mengubah cara pembelajaran melalui guru itu sendiri yang harus tahu bagaimana untuk membentuknya.

“Oleh itu, mereka perlu memikirkan cara tentang memberdayakan guru di sekolah khas ataupun yang sedia ada kini.

“Disebabkan itu kanak-kanak istimewa ini perlu ditempatkan di sekolah khas yang berbeza persekitarannya,” katanya.

Turut hadir dalam program itu adalah isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin.

=EZY=


Pengarang :