SELANGOR

Kerajaan Negeri sumbangan RM640,000 kepada masjid, surau dan SRA

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 27 APR: Sejumlah RM640,000 disumbangkan Kerajaan Negeri kepada 32 institusi agama membabitkan masjid, surau dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Gombak, hari ini.

Sumbangan tahunan itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu majlis di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, di sini.

Mohamed Azmin pada program itu turut menunaikan solat Jumaat.

Mohamed Azmin kemudiannya menyertai kenduri rakyat bersama masyarakat tempatan yang hadir.

Ia merupakan aktiviti rutin Mohamed Azmin dalam menyantuni masyarakat setempat di serata daerah.


Pengarang :