SELANGOR

KPJ DSH muncul hospital pertama sertai SEDAR

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 23 APR: KPJ Damansara Specialist Hospital muncul hospital pertama di Selangor menyertai pasukan ‘Search and Destroy’ (SEDAR) bagi menangani kes denggi.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anuar berkata, penyertaan hospital terbabit sebagai tanda usaha semua pihak memerangi wabak denggi.

Katanya, MBPJ sentiasa proaktif membendung masalah demam denggi antaranya memperluaskan lagi program itu di seluruh kawasan MBPJ.

“Terima kasih di atas komitmen semua pihak bagi memastikan segala inisiatif dijalankan MBPJ dilaksakan bersama.

“Penubuhan pasukan SEDAR ini banyak membantu mengurangkan kes denggi di kawasan MBPJ,” katanya di majlis perasmian, baru-baru ini.

Johary berkata setakat ini, 193 pasukan SEDAR ditubuhkan membabitkan 139 pasukan SEDAR komuniti, 40 sekolah, lima pasukan tapak binaan, tujuh di peringkat MBPJ dan dua pasukan kilang.

“Penubuhan pasukan ini adalah melalui kerjasama baik daripada persatuan penduduk dan rukun tetangga dengan kakitangan unit kawalan vektor MBPJ.

“Ahli SEDAR akan bergerak atas kapasiti masing-masing dalam mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes,” katanya.


Pengarang :