SELANGORSENI

Lukisan alam pamer 34 karya ilham semulajadi

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 22 APR: Sebanyak 34 karya dipamerkan melalui pameran Lukisan Alam yang berilhamkan alam semulajadi di Galeri Shah Alam, di sini.

Pameran itu berlangsung mulai 9 hingga 30 April, serentak bersama pameran Pancarona dan telah dirasmikan oleh Ar Dr Tan Loke Mun.

Seramai 12 pelukis profesional berumur antara 30 hingga 70 tahun dari Persatuan Pelukis dan Pakar Kaligrafi Selangor dan Kuala Lumpur menyertai pameran pada kali ini.

Antara artis terbabit ialah Chong Buck Tee, Yap Boon Seng, Ng Yen Tee, Yong Li Yun, Lim Shean Chu dan Fang See Khung.

Pengasas dan Presidennya, Ng Juat Wah berkata, karya dihasilkan mengikut perkembangan kaligrafi Cina yang berasal dari benda atau alam semulajadi.

“Alam semulajadi adalah punca dan kuasa untuk semua benda hidup dengan subur, aman, damai dan sejahtera.

“Hanya dengan keamanan dan keharmonian barulah manusia dapat menikmati kebahagian sepanjang hayat,” katanya.

=EZY=


Pengarang :