SELANGOR

MB: Komited terus bangun jadi negeri penyayang

OLEH NORHAYATI UMOR

GOMBAK, 14 APR: Walaupun Selangor membangun dengan pelbagai industri, namun Kerajaan Negeri tetap komited membangunkan negeri penyayang berkonsepkan peduli rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi inisiatif itu semangat dan kepelbagaian agama serta kaum dapat dihidupkan.

“Ini tidak boleh dinafikan dan Selangor masih negeri maju serta makmur.

“Kita memilih untuk hidup sebagai keluarga kerana dengan perpaduan dapat dibangunkan,” katanya di Majlis Penyerahan Sumbangan di Kampung Kerdas, di sini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kedatangan pelabur asing ke Selangor meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI), sekali gus peluang pekerjaan diwujudkan.

“Peluang kerja untuk anak muda sangat baik. Bukan buruh kasar tetapi pekerjaan yang berasaskan teknologi dan berkemahiran,” katanya.

Pada program itu, sejumlah RM158,000 disumbangkan Kerajaan Negeri menerusi sumbangan pendidikan, sara hidup dan perubatan.

Seramai 74 penerima menerima sumbangan terbabit yang diserahkan oleh Mohamed Azmin.

Jumlah terbabit sebahagian daripada RM1.178 juta diperuntukkan bagi tujuan keperluan agenda berkebajikan dan kemasyarakatan penduduk, di kawasan Parlimen Gombak serta Ampang.

=EZY=


Pengarang :