SELANGOR

MB: Pegawai Kerajaan Negeri berjiwa rakyat

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 19 APR: Pegawai Kerajaan Negeri berjiwa rakyat kerana sentiasa memahami masalah masyarakat walaupun berapa dalam kelompok profesional, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam Masjlis Makan Malam Masyarakat Minang Gombak Bersatu Bersama Dato’ Menteri Besar, semalam.

“Disebabkan itu, pada malam ini (semalam) Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abdul Latif ikut serta bertemu penduduk Minang di sini.

“Mana ada pegawai kerajaan hendak ikut ahli politik bertemu masyarakat pada waktu malam sebegini, tapi di Selangor pegawai kerajaannya berjiwa besar,” katanya.

Mohamed Azmin menegaskan, sebagai pemimpin masalah rakyat perlu diketahui dengan cara turun padang.

“Jika pemimpin turun padang, lihat dan selesaikan masalah rakyat, barulah itu digelar pemimpin terbaik., kerana memahami jugalah Kerajaan Selangor tidak menuntut cukai taksiran daripada penduduk kampung termasuk Kampung Changkat.

“Memahami rata-ratanya berpendapatan rendah, Selangor hilang pendapatan RM1juta kerana tidak mengutip cukai.

“Dalam tempoh tiga tahun sebanyak RM240 juta jumlah pendapatan kurang kerana tidak kutip cukai, tetapi siapa yang bayar, sila maklumkan pada saya,” katanya.

 


Pengarang :