SELANGOR

MB sarapan bersama rakyat di Warung Jalut

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT, 20 APR: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membuka tirai lawatan kerja hari ini dengan menyantuni dan bersarapan pagi bersama rakyat, di Warung Jalut, Batu 10, Telok Panglima Garang, di sini, awal pagi ini.

Seawal jam 8.30 pagi, beliau dan rombongan Kerajaan Negeri tiba di warung yang terkenal dengan menu lontong dan roti canai.

Mohamed Azmin memilih untuk menikmati roti canai dan teh tarik dengan kemudiannya memenuhi permintaan bergambar daripada pengunjung warung berkenaan.

Turut serta, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Azmie Diron; Setiuasaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Mohd Amin Ahya dan Ahli Dewan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.

Selepas setengah jam, Mohamed Azmin bergerak ke lokasi seterusnya untuk membuat lawatan tapak projek di Loji Rawatan Air Lebohan Dagang, Permatang Pasir, Jugra.

 


Pengarang :