SELANGOR

MBI salur RM400,000 bantu masjid, surau SRA Hulu Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

RASA, 13 APR: Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyalurkan RM400,000 kepada masjid, surau dan sekolah rendah agama (SRA), di daerah Hulu Selangor, hari ini.

Sumbangan itu diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum menunaikan solat Jumaat, di Masjid Kampung Melayu Rasa, di sini.

Ia bertujuan bagi membantu semua institusi Islam menjayakan projek menambah baik dan menaik taraf kemudahan sedia ada selain menjayakan program berkaitan agama Islam.

Tiga masjid menerima RM30,000 setiap satu ialah Masjid RKT Hulu Rening, Masjid Nurul Husna dan Masjid At-Taufiqiah.

Sumbangan dengan jumlah sama turut diterima tujuh surau iaitu Surau Nurhidayah, Surau Muhajirin, Surau Taman Keruing, Surau Ah-Hidayah, Surau At-Taufiqiah, Surau As-Syifa’ dan Surau As-Sakinah.

Manakala lima SRA yang menerima RM20,000 setiap satu ialah SRA Kampung Melayu Rasa, SRA Kalumpang, SRA Bukit Sentosa Fasa 1, SRA Hulu Renig dan SRA Gesir Tengah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

 

 


Pengarang :