PBTSELANGOR

MBPJ buka kaunter bergerak EZ-Pay sepanjang April

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 2 APR: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka kaunter bergerak EZ-Pay sepanjang April ini, bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat, pada waktu puncak.

Sekretariat Media MBPJ berkata, kaunter bergerak yang mula dibuka pada hari ini hingga 30 April, diharap dapat menggalakkan dan memberi kemudahan kepada orang awam untuk berurusan berhampiran lokasi tempat tinggal mereka.

Terdapat 10 lokasi ditetapkan dengan waktu kaunter bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

“Lokasi berkenaan adalah di PJU 1/43 (2 & 3 April), SS 26/11 (4 & 5 April), SS24, Taman Megah (6-8 April), SS 6 (berhampiran Giant Kecil) pada 9 hingga 11 April), SD 12/1 (berhampiran McDonald’s dan Mobil), pada 12 hingga 15 April.

Turut dibuka, di Dataran Glomac pada 16 dan 17 April, SS 2/67 pada 18 April, PJU 1/43 (19 & 20 April), PJU 10, Damansara Damai (berhampiran McDonald’s) pada 21 hingga 26 April dan Taman Datuk Harun (berhampiran kedai pakaian Kawanku dan Restoran Nasi Kandar Pokok Kelapa) pada 27 hingga 30 April,” katanya dalam kenyataan.

Kupon letak kereta juga ada dijual di kaunter bergerak Ez-pay mengikut lokasi berkenaan.

Diharapkan melalui hebahan ini, ia dapat memudahkan masyarakat khususnya penduduk Petaling Jaya membuat pembayaran cukai, kompaun dan sebagainya.


Pengarang :