PBTSELANGOR

MBSA juara keseluruhan kejohanan dart

OLEH HAZIQ ISMAIL

AYER KEROH, 12 APR: Pasukan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) beraksi cemerlang apabila menjadi johan kategori lelaki berpasukan dan naib johan kategori perseorang wanita dalam kejohanan dart, di Dewan Taming Sari, Melaka, pada 7 April lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, penganjuran pertandingan itu sebagai satu usaha untuk kakitangan MBSA bekerjasama dalam pasukan secara maksima.

“MBSA menggalakkan kakitangannya terbabit dalam aktiviti seperti ini kerana ia dapat memberi pendedahan berkenaan daya saing secara sihat untuk mencapai kejayaan.” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pertandingan itu satu pencapaian membanggakan, sekali gus dapat meningkatkan imej MBSA.

Kejohanan dart anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (KESUMA) sempena ulang tahun bandar raya Melaka.

Pada pusingan akhir, pasukan dart MBSA membawa pulang RM3,500, piala dan medal apabila menewasakan pasukan Action 69 serta Mix Warrior, dari Kuala Lumpur.

Pasukan dart MBSA pernah memenangi beberapa kejohanan lain antaranya Pertandingan Terbuka Melaka 2017 dan Kejohanan Sukan Mala Teluk Intan.


Pengarang :