NASIONALSUKANKINI

Monster Yamaha Tech3 bangga Hafizh Syahrin cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 APR: Prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech3, Harve Poncharal, berbangga dengan prestasi dipamerkan Hafizh Syahrin Abdullah dalam saingan MotoGP pada perlumbaan GP Argentina, pada 8 April lalu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyesal mengikatnya dan Hafizh membuktikan kemampuan menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan serta muncul pelumba baharu terbaik.

“Ia minggu menakjubkan kerana terlalu susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika kami, di sana.

“Tahniah kepada Hafizh yang menempuh hujung minggu luar biasa tanpa sebarang kesilapan walaupun bermula dari petak belakang dan bersaing dengan mereka jauh berpengalaman. Saya rasa keputusan diraih akan meningkatkan tahap keyakinannya,” katanya dipetik https://www.sepangcircuit.com/

Beliau berkata, pihaknya gembira memilih Hafizh bagi menggantikan Jonas Folger yang mempunyai masalah kesihatan.

Dalam perlumbaan di Litar Termas de Rio Hondo itu, Hafizh bermula dari petak ke-23 dan menamatkan saingan di tangga kesembilan.

Hafizh menjadi pelumba pertama dari Asia Tenggara yang bersaing dalam kelas utama itu dan selepas dua pusingan, kini berada di kedudukan ke-13 keseluruhan dalam senarai MotoGP dengan sembilan mata.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Americas, Austin Texas, pada 20 hingga 22 April ini.


Pengarang :