KENYATAAN MEDIA

Pakatan Harapan Selangor muktamadkan pengagihan kerusi DUN

Pakatan Harapan Selangor telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Negeri Selangor bagi memberikan perkhidmatan cemerlang dan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Selangor.

Kami yakin bahawa perpaduan pimpinan dan anggota Pakatan Harapan Selangor akan melonjakkan sokongan rakyat untuk mengekalkan pentadbiran Pakatan Harapan dalam Kerajaan Negeri Selangor bagi meneruskan pembangunan ekonomi dan agenda peduli rakyat.

Pakatan Harapan Selangor akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya dan memantapkan jentera Pakatan Harapan di seluruh Negeri Selangor serta meletakkan calon-calon yang berwibawa, berintegriti dan komited untuk memberi khidmat dan menabur bakti kepada negeri dan rakyat.

Pakatan Harapan Selangor yakin rakyat Selangor akan menggembeleng tenaga dan memberi sokongan yang padu demi membangun bangsa dan memakmur negeri.

 

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor

 

TONY PUA

Pengerusi DAP Negeri Selangor

 

HAJI IR. IZHAM HASHIM

Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Selangor

 

DATUK ABDUL RASHID ASARI

Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Selangor


Pengarang :