SELANGOR

Parlimen Petaling Jaya: Persaingan 3 penjuru, tiada calon ditolak

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 28 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) berhadapan saingan tiga penjuru di satu kawasan Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala satu lagi DUN menyaksikan persaingan empat penjuru dibawah Parlimen P105 Petaling Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) P.105 Petaling Jaya, Johary Anuar mengumumkan calon menghantar borang penamaan sejak jam 9 hingga 10 pagi dan menerima semua pencalonan tanpa sebarang penolakan bagi P.105 Parlimen Petaling Jaya.

KEADILAN diwakili Maria Chin Abdullah yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.30 pagi akan bersaing dengan dua lagi calon daripada Barisan Nasional (BN), Chew Hiat Tat dan PAS, Noraini Hussin bagi P.105 Parlimen Petaling Jaya.

Kerusi N32 DUN Seri Setia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon KEADILAN, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Datuk Yusoff M Haniff (BN), Mohd Ghazali Daud (PAS) dan seorang calon BEBAS, Vigweawaran T Subramaniam.

KEADILAN mempertaruhkan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dalam usaha mengekalkan kemenangan di N33 DUN Taman Medan sambil dicabar dua lagi calon, Datuk Abdul Mutaliff Abdul Rahim (BN) dan Ariffin Mahaiyuddin (PAS).

Manakala penyandang kerusi N34 DUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang mewakili KEADILAN akan menentang Chai Ko Thing daripada BN dan Datuk Seri David Siew Kah Heng.

Tempoh berkempen PRU-14 bakal berlangsung selama 11 hari dengan proses pengundian awal akan berlangsung pada 5 Mei dan hari pembuangan undi berlangsung pada 9 Mei.

Berikut adalah nama calon bertanding mengikut turutan di kertas undi:

P105 Parlimen Petaling Jaya

1) Maria Chin Abdullah (KEADILAN)
2) Chew Hiat Tat (BN)
3) Noraini Hussin (PAS)

 

N32 DUN Seri Setia

1) – Mohd Ghazali Daud (PAS)
2) – Vigweawaran T Subramaniam (BEBAS)
3) – Datuk Yusoff M Haniff (BN)
4) – Prof Dr Shaharuddin Badaruddin (KEADILAN)

 

N33 DUN Taman Medan

1) – Ariffin Mahayuddin (PAS)
2) – Syamsul Firdaus Mohamed Supri (KEADILAN)
3) – Datuk Abdul Mutalif Abd Rahim (BN)

 

N34 DUN Bukit Gasing

1) – Rajiv Rishyakaran (KEADILAN)
2) – Datuk Seri David Kh Sew (PAS)
3) – Chai Ko Thing (BN)

 

Kredit Foto: Hiekal Rosli


Pengarang :