SELANGOR

Pembukaan Stadium MPAJ meriah, dirasmikan MB

OLEH NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 8 APR: Acara perasmian Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung meriah hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 6,000 orang itu melibatkan pelbagai aktiviti bermula sejak jam 7.30 pagi seperti kayuhan santai MPAJ, jalan kaki 10,000 langkah, persembahan Didi And Friends, Jom Zumba dan lain-lain.

Mohamed Azmin yang tiba di acara itu pada jam 10.00 turut menanam pokok bunga tanjung yang merupakan bunga rasmi MPAJ.

Majlis Perasmian itu kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan ‘Marching Band’ dan ‘Flash Mob’ Silat.

Majlis itu kemudiannya dihangatkan lagi dengan penampilan artis undangan pelawak terkenal, Ropie Cecupak dan penyanyi wanita meningkat naik, Nabila Razali.

Selain artis jemputan, orang ramai juga dihiburkan dengan persembahan Bank Kesuke MPAJ.

Orang ramai turut berpeluang menyertai pertandingan sepakan penalti dan memanah yang diadakan sepanjang hari.

=EZY=


Pengarang :