SELANGOR

Penduduk Sri Andalas yakin Shuhaimi bertanggungjawab

OLEH HAZIQ ISMAIL

KLANG, 30 APR: Penduduk di kawasan Sri Andalas yakin calon KEADILAN Sungai Kandis (N49) Shuhaimi Shafiei dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan sebaiknya untuk membantu rakyat.

Penduduk, Sathia Ganesan, 47, berkata Shuhaimi adalah calon yang baik dan mampu menyelesaikan masalah infrastruktur ,di kawasan terbabit.

“Ketika berkempen, beliau menyatakan pertolongan untuk membantu kawasan ini dari segi menaik taraf infrastruktur.

“Jadi, saya berharap dan yakin beliau dapat menyelesaikan masalah ini nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Abu bakar, 77, berharap Shuhaimi dapat membela nasib rakyat dan memajukan tempat yang ditandingi itu.

“Saya harap masalah rakyat dapat didengari, bantu mereka yang memerlukan dan paling penting wakil rakyat ini perlu bertanggungjawab dengan pembangunan dalam kawasannya.

“Walaupun wakil rakyat dulu dan kini berbeza, saya harap beliau tidak menghampakan rakyat serta tidak lepas tangan dengan amanah yang diberikan,” katanya.

Tinjauan SelangorKini mendapati kebanyakan penduduk mahu masalah infrastruktur asas, kebersihan dan denggi di kawasan itu diselesaikan dengan baik.

 


Pengarang :