NASIONAL

Pengundi muda kuasa penentu PRU14

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 4 APR: Pengundi muda adalah penentu kemenangan KEADILAN dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, daripada bancian, kira-kira 60 peratus pengundi berusia  21 hingga 50 tahun, dan daripada peratusan berkenaan, 25 peratus adalah pengundi muda.

“Secara rambangnya kita lihat mereka adalah kuasa penentu utama kali ini.

“Strategi KEADILAN ialah menggunakan media sosial kerana itulah yang paling dekat dengan mereka,” katanya ketika Peluncuran Kempen Media Sosial KEADILAN dan PH.

Tze Tzin berkata, golongan muda perlu membuat perubahan supaya tidak berlaku masalah pada masa depan negara.

“Kita mahu melahirkan generasi yang demokrasi, bukannya generasi yang melahirkan diktator,” katanya.

=EZY=


Pengarang :