NASIONAL

Perhimpunan aman tuntut pembelaan mangsa rogol

OLEH HAZIQ ISMAIL

KUALA LUMPUR, 20 APR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan India di Jalan Mon’t Kiara, di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Persatuan Jalinan Mesra IndiaMuslim Malaysia (PJMIM) bertujuan menyerahkan memorandum menuntut pembelaan seorang gadis bawah umur di India yang dirogol dan dibunuh dengan kejam.

Presiden PJMIM, Asseek Ali Mohamed Iqbal berkata, 85 NGO terlibat bagi mendesak kerajaan India melakukan perbicaraan dengan segera.

“Kita bergabung untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati agar Kerajaan India memberikan hukuman setimpal kepada pesalah.” katanya.

Asseek berkata, antara NGO terlibat ialah India Muslim Amanah, Melaka Indian Muslim League, Persatuan India Muslim Marumalartchi Klang (PIMMK) dan Persatuan Ulama Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Agung PJMIM, Mohd Shahrul Anwar berkata, perhimpunan sebegini bukan sahaja ingin membuka mata rakyat negara mereka tetapi untuk rakyat di Malaysia, agar masyarakat lebih berwaspada dengan jenayah seperti ini.

“Banyak negara seperti US, Britain dan Turki turut membuat bantahan diatas dasar keprihatinan dan keperimanusian,” katanya.

Terdahulu, seorang gadis bawah umur dirogol bergilir-gilir dan dibunuh dengan kejam yang mencetuskan kemarahan khususnya rakyat India sendiri.


Pengarang :