AGAMASELANGOR

Permohonan RM50,000 Masjid Al-Syakirin saat akhir berbaloi

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 1 APR: Permohonan saat akhir pengurusan Masjid Al-Syakirin bagi mendapatkan sumbangan RM50,000 daripada Kerajaan Negeri nyata tidak sia-sia.

Hal itu kerana Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan permohonan itu.

“Hanya semalam kita menerima permohonan daripada Masjid Al-Syakirin, iaitu tuan rumah hari ini.

“Mereka dalam surat minta RM50,000 dan Dato’ Pegawai Kewangan Negeri memaklumkan kepada saya, dia ada terima permohonan sebelum saya sampai ke masjid ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengusaha SAR Selangor, di Masjid Al-Syakirin, di sini, hari ini.

Katanya, sumbangan itu akan digunakan untuk membiayai kerja pembaikan atau aktiviti, di masjid berkenaan.

Sementara itu, pada program yang berlangsung pagi tadi, sebanyak 412 sekolah agama rakyat turut menerima sumbangan RM10 juta daripada Kerajaan Negeri.

 


Pengarang :