PENDIDIKANSELANGOR

PPMO2018 mantap kemahiran Microsoft Office guru

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 APR: Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan program Pengukuhan Microsoft Office di Kalangan Guru-Guru Sekolah Negeri Selangor (PPMO2018) sebagai inisiatif memantapkan kemahiran penggunaan aplikasi Microsoft Office level Intermediate to Advance.

Pengarah Komunikas Korporat UNISEL, Hasil Abu Hassan berkata, program itu dijalankan menerusi geran penyelidikan yang dianugerahkan kepada pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) iaitu Nahdatul Akma Ahmad dan Azaliza Zainal.

“Matlamat utama program ini untuk meningkatkan penggunaan aplikasi komputer Microsoft Office dalam kalangan guru dengan menyuntik elemen membuat persembahan menggunakan infografik, memasukkan elemen audio dan video dalam persembahan serta menggunakan beberapa fungsi khas bagi menyediakan laporan dengan lebih efektif.

“Dengan ilmu ini, kita berharap dapat memudahkan urusan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini,” katanya dalam kenyataan.

Hasril berkata, program itu memembabitkan kerjasama UNISEL dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.

PPMO2018 dilaksanakan pada Mac sehingga April ini membabitkan lima sekolah sekitar daerah Kuala Selangor, Klang dan Hulu Selangor.

Seramai 47 guru dari lima sekolah sekitar daerah Kuala Selangor, Klang dan Hulu Langat terbabit dalam PPOM2018 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa, Bestari Jaya, baru-baru ini.

Antara sekolah lain yang turut terbabit adalah SMK Raja Muda Musa, SMK Sultan Sulaiman Shah, SMK Sungai Choh dan SMK Raja Mahadi.


Pengarang :