SELANGOR

PRU14: UNISEL beri pelepasan kuliah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 APR: Sempena hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Universiti Selangor (UNISEL) meluluskan pelepasan kuliah kepada pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Pendaftar UNISEL, Shamsul Azhar Mohd Yusof berkata, bagi memudahkan urusan pelajar terlibat dalam proses pengundian, UNISEL bersetuju memberi pelepasan bermula 7, 8 dan 10 Mei.

“Berikutan pengistiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 9 Mei sebagai hari mengundi, maka hari tersebut telah ditetapkan sebagai pelepasan umum bagi seluruh negara.

“Semua kelas dan aktiviti yang jatuh pada ketiga tarikh tersebut perlu diganti mengikut kesesuaian jadual pengajaran,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul berkata, perkara itu diberikan kepada pelajar di kedua kampusnya iaitu di UNISEL Shah Alam dan Bestari Jaya.


Pengarang :