EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 3.8800/8850 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 16 APR: Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan dolar AS mendapat sedikit rangsangan susulan serangan ketenteraan ke atas Syria pada hujung minggu.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit disebut pada harga 3.8800/8850 berbanding 3.8785/8815 penutup Jumaat.

AS dan sekutu Eropah melancarkan serangan udara ke atas sasaran penyelidikan, penyimpanan dan ketenteraan di Syria pada awal pagi Sabtu bagi menghukum rejim Assad di atas dakwaan serangan menggunakan senjata kimia.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :