EKONOMI

Ringgit diniaga 3.8610/8640 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 4 APR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pagi ini susulan pemulihan permintaan bagi nota tempatan.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.8610/8640 berbanding 3.8640/8680 penutup semalam.

Bagaimanapun, pasaran mata wang dijangka didagangkan dalam jajaran sempit, dengan pedagang menanti laporan pekerjaan AS yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.

Peniaga berkata, kemas kini berhubung pilihan raya umum akan datang juga dijangka memberi kesan ke atas sentimen pasaran.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding yen kepada 3.6247/6278 daripada 3.6381/6422 Selasa, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9458/9483 daripada 2.9498/9538 dan tidak berubah berbanding pound British pada 5.4355/4413 daripada 5.4355/4427.

Berbanding euro, ringgit mengukuh pada 4.7401/7442 daripada 4.7550/7615 semalam.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :