EKONOMIRinggit

Ringgit kekal berbanding dolar AS

SHAH ALAM, 5 APR: Ringgit dilaporkan kekal dan tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini, lapor BERNAMA.

Setakat jam 9 pagi tadi, ringgit disebut pada harga 3.8680/8720, berbanding 3.8680/8710 semalam.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, pasaran menjangka ringgit akan bergerak menjadi semakin lemah berbanding dolar AS dalam dagangan sempit minggu ini, pada paras 3.86.

“Bagaimanapun, aliran dua hala dan penyelarasan kedudukan akan mengekalkan ringgit dalam jajaran sempit apabila pasaran tertumpu ke arah data pembayaran gaji bulan perladangan AS,” katanya.

Mengulas sentimen pasaran tempatan, Innes berkata, naratif tarif meluas kekal tumpuan utama, namun pilihan raya umum akan menyebabkan pelabur asing tidak memasuki pasaran dan ia akan mengurangkan aliran masuk ke tahap tertentu.

“Ia bukan kes terpencil bagi pilihan raya di Malaysia sahaja namun adalah kebiasaan di seluruh negara menjelang pilihan raya,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9464/9517 daripada 2.9417/9446 semalam, susut berbanding pound kepada 5.4516/4580 daripada 5.4342/4399, dan rendah berbanding euro pada 4.7526/7591 daripada 4.7484/7532.

Berbanding yen, ringgit mengukuh pada 3.6194/6238 daripada 3.6429/6464.

 


Pengarang :