SELANGORSUKANKINI

RM230,000 bina gelanggang bola keranjang berbumbung

OLEH SABIRAH AZIZ

SUNGAI BULOH, 14 APR: Sejumlah RM230,000 diperuntukkan bagi membina gelanggang bola keranjang di Kampung Desa Aman.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, gelanggang itu siap dibina pada tahun lepas dan kini sudah digunakan oleh penduduk khususnya remaja untuk berlatih bermain bola keranjang.

“Selain itu, gelanggang ini juga dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di kawasan ini untuk membuat sebarang majlis atau pelbagai aktiviti lain.

“Saya harap inisiatif ini memberi manfaat kepada semua penduduk tempatan,” katanya.

Gelanggang itu dirasmikan oleh Ean Yong bersama Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Sebelum ini, difahamkan sudah ada lebih 30 gelanggang berbumbung telah dibina di Selangor.

 

=EZY=

 


Pengarang :