PBTSELANGOR

SAOW di Giant Seksyen 18 Sabtu ini

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 9 APR: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) kembali menemui masyarakat, di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Seksyen 18, di sini, pada 14 April ini.

Ketua Bahagian Korporat Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan itu bagi memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu ke kaunter.

“Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat menaik taraf sistem perkhidmatan untuk masyarakat.

“Antara kemudahan disediakan adalah semakan dan pembayaran cukai taksiran secara dalam talian, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, perkhidmatan kaunter aduan serta penjualan kupon letak kereta,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, perkhidmatan itu membolehkan orang ramai yang tidak berpeluang berurusan pada hari bekerja menyelesaikannya pada hujung minggu, terutama di kawasan jauh dari pusat bandar.

Perkhidmatan itu bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang.


Pengarang :