PBTSELANGOR

Shah Alam On Wheel di Pasaraya Tesco, Seksyen U13

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 17 APR: Pejabat bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13 pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan ini bertujuan memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.

“Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, perkhidmatan itu membolehkan orang ramai yang tidak berpeluang berurusan pada hari bekerja menyelesaikannya pada hujung minggu, terutama di kawasan jauh dari pusat bandar.

Waktu pengoperasian pejabat bergerak bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.


Pengarang :