PBTSELANGOR

Shah Alam Quran Hour lahir masyarakat celik Al-Quran

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 APR: Kira-kira 300 pengunjung hadir program ​​​​​​ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam usaha melahirkan masyarakat celik al-Quran, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program itu sejajar dengan matlamat MBSA mewujudkan masyarakat madani beradab, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan berkeperibadian mulia.

“Melalui program ini, orang ramai yang hadir diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil agensi dan jabatan serta penceramah jemputan Ustaz Zul Ramli M Razali.

“Antara surah-surah yang diperdengarkan adalah Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Hujurat,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, MBSA berharap penganjuran itu dapat menggalakkan orang ramai khususnya komuniti Shah Alam untuk lebih mendalami dan mengamalkan ayat terkandung dalam Al-Quran untuk kehidupan seharian.

Difahamkan program bermula seawal jam 7.45 pagi sehingga jam 11 pagi itu dijayakan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam.

=EZY=


Pengarang :